Kerajaan masih melarang pembukaan kelab malam, pusat hiburan, pusat refleksologi dan pusat karaoke sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini.
Selain itu, perarakan keagamaan dalam jumlah yang ramai, kenduri-kendara serta rumah terbuka turut tidak dibenarkan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan menyatakan apa-apa aktiviti yang melibatkan kehadiran orang ramai yang bersesak di suatu tempat sehingga menyukarkan amalan penjarakan sosial dan pematuhan kepada SOP belum dibenarkan lagi.
Dia turut menegaskan, walaupun pelbagai kelonggaran telah diumumkan, kerajaan masih lagi melaksanakan beberapa sekatan untuk mengawal penularan COVID-19 ini.
Perlu diingatkan dalam tempoh PKPP ini, masih terdapat beberapa aktiviti atau sektor lain lagi yang dilarang beroperasi.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.