Pusat Beli-Belah Paling ‘Unik’ Dan ‘Brutal’ Di Cheras

Trending

Pusat Beli-Belah Paling ‘Unik’ Dan ‘Brutal’ Di Cheras

Semakin hari semakin banyak pusat beli-belah dibangunkan di kawasan Lembah Klang ni kan?

Yang terbaru, satu pusat beli-belah yang terletak di Cheras, EkoCheras Mall menjadi tular di media sosial akibat ‘keunikan’ reka bentuk dalamannya yang menarik perhatian seorang pengguna facebook sehingga menggelarkannya best mall in town.

Advertisement

Kenyataan itu sebenarnya sindiran seorang pengguna facebook tentang rupa dan keadaan pusat beli-belah itu yang belum siap sepenuhnya tetapi orang ramai sudah dibenarkan masuk ke dalam bangunan itu.

Kai Chun, memuat naik beberapa gambar di facebooknya dan memberi pendapat di setiap gambar dalam bentuk sindiran, kenapa EkoCheras tak sepatutnya dibuka kepada orang ramai dalam keadaan begitu.

Dia yang juga seorang pelajar seni bina menganggap pusat beli-belah punyai reka bentuk yang ‘brutal’.

Namun, pihak EkoCheras Mall sudah membuat kenyataan terbuka menyatakan pusat beli-belah berkenaan baru di fasa soft launch dan kerja-kerja penambahbaikkan sedang giat dijalankan.

Ramai netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati dan merasakan perkara ini sangat tidak patut kerana boleh mengundang bahaya kepada pengunjung.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...