Seperti yang diketahui ramai, berjalan kaki sering menjadi aktiviti harian dan cara bersantai bagi semua lapisan masyarakat, terutamanya di kawasan bandar dan taman rekreasi.
Namun begitu, menurut laporan CNBC Indonesia, satu kajian oleh Nature melibatkan 700,000 individu dari 46 negara telah dijalankan untuk mengenal pasti negara dengan tahap aktiviti berjalan kaki paling rendah dan paling tinggi di dunia.

gambar hiasan
Statistik kajian menunjukkan terdapat lima negara yang rakyatnya dikategorikan sebagai paling malas berjalan kaki ketika ini.
Penemuan kajian ini berdasarkan purata jumlah langkah yang diambil oleh para peserta sepanjang tempoh penyelidikan.
Berikut adalah senarai 5 negera yang paling malas untuk berjalan kaki di dunia.
-
Indonesia
Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Stanford, rakyat Indonesia digelar sebagai negara paling malas di dunia dengan purata hanya 3,513 langkah sehari.
Keadaan ini tercermin dalam gaya hidup harian mereka yang lebih gemar menggunakan kenderaan persendirian atau pengangkutan lain.
-
Arab Saudi
Seterusnya, negara kedua paling malas ialah Arab Saudi kerana purata langkahnya 3,807 sehari. 53.14 peratus orang dewasa di Arab Saudi jarang melakukan aktiviti fizikal dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
-
Malaysia
Negara ketiga paling malas ialah Malaysia dengan purata langkah hanya 3,963 sehari. Salah satu punca kurangnya aktiviti fizikal adalah kerana kemudahan pejalan kaki di Malaysia kurang selesa dan juga kurang selamat.

gambar hiasan
-
Filipina
Filipina menduduki tempat keempat sebagai negara paling malas di dunia dengan purata 4,008 langkah sehari.
Kurangnya kesedaran tentang manfaat berjalan kaki menyebabkan penduduk di sana lebih memilih untuk memandu kerana dianggap lebih praktikal.
-
Afrika Selatan
Akhir sekali, Afrika Selatan menduduki di tempat kelima dengan purata 4,105 langkah sehari. Hanya 20.3 peratus daripada 63.7 juta penduduk Afrika Selatan berjalan kaki setiap hari untuk pergi bekerja.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.