“Pura-Pura Terkejut Dan Tak Tahu”- Cik B Beri Respon DS Vida Nak Kahwin, Peminat Terhibur

Hiburan

“Pura-Pura Terkejut Dan Tak Tahu”- Cik B Beri Respon DS Vida Nak Kahwin, Peminat Terhibur

Berikutan tular di media sosial mengenai berita pengusaha kosmetik bergelar jutawan, Datuk Seri Vida yang khabarnya akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Disember ini, anak perempuan Vida akhirnya tampil memberi respon.

DS Vida dan Anak-anak
3 years ago

Bakal Nikah Disember, DS Vida Belum Berani Nak Beritahu Cik B

Advertisement

Terdahulu, DS Vida memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu anak perempuannya itu mengenai perancangannya mendirikan rumah tangga bersama bekas pembantu peribadinya dahulu, iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli.

Kata DS Vida, biarlah Cik B mengetahui berita tersebut daripada siaran berita media berbanding daripada mulutnya sendiri.

Menerusi laman Twitter pelakon kanak-kanak itu, Cik B berkata dia ‘berpura-pura terkejut dan tidak tahu’ mengenai berita tersebut meskipun ia sudahpun tular di media sosial.

Respon pemilik nama Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin yang baru berusia 16 tahun itu ternyata telah mengundang reaksi pelbagai pengguna media sosial yang rata-rata terhibur dengan gelagat kedua anak beranak ini.

Beberapa hari yang lalu, kecoh di media sosial apabila DS Vida dan Iqbal merancang untuk bernikah tidak lama sahaja lagi malah usahawan kosmetik itu turut melakukan ujian kesuburan dalam memastikan dirinya boleh hamil usai bergelar isteri buat kali kedua kelak.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...