“Pura-Pura Suntik Lepas Itu Buang Dalam Tong Sampah” – Jururawat ‘Offer’ Antivaksin Suntikan Palsu Demi Wang

Berita

“Pura-Pura Suntik Lepas Itu Buang Dalam Tong Sampah” – Jururawat ‘Offer’ Antivaksin Suntikan Palsu Demi Wang

Seorang jururawat dari Itali dilaporkan telah menawarkan vaksin palsu kepada semua golongan antivaksin. Menurut Harian Metro, jururawat lelaki itu melakukan perkara tersebut semata-mata demi wang dan telah menyuntik sekurang-kurangnya 45 individu.

Difahamkan, jururawat yang bertugas di hab vaksin terbesar di sebuah bandar di pantai timur Ancona itu berpura-pura melakukan suntikan sebelum membuang vaksin itu ke dalam sampah.

Advertisement

Jadi, bagi mereka yang tidak tahu dengan kerja kotornya akan menganggap jururawat tersebut sudah selesai memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada mereka yang hadir.

Susulan kejadian itu, polis tempatan telah pun menahan jururawat tersebut bersama empat lagi individu yang bersubahat dalam aktiviti terbabit.

Tangkapan itu dibuat selepas polis berjaya mendedahkan skim berkenaan yang membenarkan antivaksin membayar bagi mendapatkan pas kesihatan tanpa sebarang suntikan.

Polis di bandar itu dikatakan telah merakam pengakuan jururawat terbabit yang mengakui dia membuang cecair dan jarum dan berpura-pura menyuntik lengan pesakit.

Suspek dilihat meletakkan pembalut pada lengan individu berkenaan supaya tiada siapa yang akan mengesyaki penipuan tersebut.

Kira-kira 45 orang yang didakwa menerima pas sedang disiasat, dikehendaki mendaftar masuk setiap hari dengan polis dan dihalang meninggalkan bandar mereka.”

Kata polis, skim vaksinasi palsu itu membazirkan sumber asas awam. Justeru, suspek didakwa melakukan rasuah, memalsukan maklumat dan penyelewengan.

Sebanyak 86 peratus daripada populasi Itali yang berumur lebih 12 tahun telah lengkap divaksin manakala 60 peratus yang layak sudah menerima dos penggalak.

Pas kesihatan sedang diperkenalkan di negara seluruh Eropah, mengakibatkan pelbagai skim penipuan vaksinasi wujud. Penjual dalam talian menawarkan sijil pelbagai negara termasuk Portugal, Perancis dan United Kingdom di mana semuanya memerlukan bukti vaksinasi untuk mendapatkan akses ke tempat tertentu.

3 years ago

Pasangan 'Antivax' Beli Sijil Vaksin Palsu Sebab Tak Mahu Terlepas Dapat Bonus Tahunan Kerajaan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...