Sejak aksi Fathia Latiff menari seksi di Bigo Live, dirinya tidak henti menjadi mangsa kecaman netizen. Malah, sehingga hari ini walaupun sudah masuk tahun baru, apa yang dilakukan Fathia pasti akan jadi buah mulut orang. Agaknya sampai bila beliau akan terus dihimpit kontroversi?
Baru-baru ini, Fathia ada memuat naik video ulasan produk di akaun Instagramnya. Namun, bukan produk itu yang menarik perhatian ramai tetapi cara pemakaian tudung Fathia serta kukunya yang panjang dan berwarna persis seperti pontianak. Menurut mereka, tidak sesuai untuk seorang wanita bertudung menyimpan kuku panjang.
Kesian pula kami dengan Fathia. Tidak salah sebenarnya hendak menegur beliau tetapi janganlah mempersoalkan niat seseorang untuk berhijab dan menyamakan mereka dengan makhluk lain pula. Diri kita juga belum tentu sempurna.

drwinda
January 12, 2018 at 6:56 pm
I bukan nak backing fatiya ye tapi boleh je warna kuku. Bukannya permanent pon boleh cuci. Sekarang ni pewarna kuku yg boleh solat and peel off kan ada. Iols kalau time tengah ‘cuti’ tu boleh la melaram pakai quitex. hihihi. Netizen got no chill
Jojo
January 12, 2018 at 3:09 am
Nampak macam fake nails lah. Kuku pakai buang je…releks lah makcik2..
Jojo
January 12, 2018 at 3:08 am
Nampak macam fake nails lah. Kuku pakai buang je…releks lah makcik2..
Adudu
January 11, 2018 at 8:15 pm
Bersangka baik jela. Tu fake nails je. Oleh cabut buang. Takkan dia simpan kuku panjang macam tu.
Tk
January 11, 2018 at 5:16 pm
3.49 pm who are we to judge bahawa orang ni lebih baik daro orang tu!