Punyai Bentuk Badan Dan Wajah Model, Gelandangan Kini Bergelar Peragawan

Dunia

Punyai Bentuk Badan Dan Wajah Model, Gelandangan Kini Bergelar Peragawan

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu!

Begitulah nasib seorang gelandangan di Nigeria apabila kehidupannya berubah sekelip mata setelah dia kini bergelar model fesyen.

Advertisement

Menurut portal berita Oddity Central, kehadiran Ali Olankumi disedari seorang pengarah fotografi yang menggunakan jambatan tempat dia berteduh di bandar Lagos, Nigeria sebagai lokasi penggambaran.

Pengarah fotografi itu, Afolabi secara kebetulan menunggu di kawasan itu dan melihat Ali mempunyai bentuk badan dan wajah seorang model.

“Semasa menunggu model saya tiba, saya terlihat Ali Olankumi yang sedang tidur di bawah jambatan. Saya teruja, lantas meminta dia menggayakan pakaian untuk kami”.

gelandangan jadi model

Menerusi perkongsian di Twitter, lelaki itu menyifatkan Ali memiliki bentuk wajah, gaya dan tona kulit yang sempurna sebagai seorang peragawan. Ciapan itu telah tular dan sebuah syarikat peragawan menghubunginya untuk bertanya tentang Ali.

Kini, Ali mempunyai akaun media sosial yang diuruskan oleh pihak pengurusan dan sudah terlibat dengan beberapa sesi penggambaran fesyen.

“Saya Ali dan saya dilahirkan untuk menjadi hebat”.

Demikian ciapan pertama yang ditulis oleh bekas gelandangan itu.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...