Punya Suara Sedap Dan Lagu Catchy, Netizen Persoal Kenapa Najwa Latif Tidak Popular

Hiburan

Punya Suara Sedap Dan Lagu Catchy, Netizen Persoal Kenapa Najwa Latif Tidak Popular

Pernah popular suatu ketika dahulu, nama pelantun lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif dilihat semakin malap dan kurang dikenali ramai. Dia mungkin boleh dianggap sebagai salah seorang artis yang kurang menonjol walaupun mempunyai suara yang lunak dan lagu-lagu yang menarik.

Meninjau laman sosial twitter, seorang individu telah tampil berkongsi sedutan perbincangan mengenai bakat Najwa Latif yang dikatakan kurang popular di kalangan peminat industri muzik ketika ini.

Advertisement

Kicauan tweet individu terbabit nampaknya telah sampai ke pengetahuan tuan empunya badan sendiri iaitu Najwa Latif dan turut memberi reaksi kicauan balas.

Melihat kepada respon Najwa Latif itu, netizen di platform media sosial tersebut rata-rata telah memuji sikap rendah dirinya malah turut mendapat perhatian daripada aktress Neelofa.

Mungkin belum masanya untuk Najwa betul-betul menyinar tetapi ramai peminat masih lagi mengingati siapakah pemilik lagu seperti Carta Hati, Kosong, Sahabat dan Untuk Dia ini.

View this post on Instagram

sebab saya cantik, sebab tu kena post. Sorry lah wana. #sorrynotsorry

A post shared by OfficialNajwaLatif (@njwalatif) on

 Perkembangan terkini, Najwa Latif kini bergelar pensyarah di UNITAR International University sejak dari tahun 2017 sehingga kini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...