Pernah popular suatu ketika dahulu, nama pelantun lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif dilihat semakin malap dan kurang dikenali ramai. Dia mungkin boleh dianggap sebagai salah seorang artis yang kurang menonjol walaupun mempunyai suara yang lunak dan lagu-lagu yang menarik.
Meninjau laman sosial twitter, seorang individu telah tampil berkongsi sedutan perbincangan mengenai bakat Najwa Latif yang dikatakan kurang popular di kalangan peminat industri muzik ketika ini.
Betul tu.. kenapa @NjwaLatif sekarang ni dah tak popular macam dulu? Padahal dia ade je keluarkan lagu baru.. pic.twitter.com/9YYVYz3C8Y
Advertisement— MUHAZRULMALIKI (@muhazrulmaliki) July 2, 2020
Kicauan tweet individu terbabit nampaknya telah sampai ke pengetahuan tuan empunya badan sendiri iaitu Najwa Latif dan turut memberi reaksi kicauan balas.
Sebab apa ada ni dah cukup alhamdulillah. Kalau dapat lebih pun alhamdulillah. ????? https://t.co/OtZYqVsvjz
— Najwalatif (@NjwaLatif) July 3, 2020
Melihat kepada respon Najwa Latif itu, netizen di platform media sosial tersebut rata-rata telah memuji sikap rendah dirinya malah turut mendapat perhatian daripada aktress Neelofa.
I kenal Najwa Latif ?? https://t.co/EubihsvosH
Advertisement— Neelofa (@Neelofa) July 3, 2020
Mungkin belum masanya untuk Najwa betul-betul menyinar tetapi ramai peminat masih lagi mengingati siapakah pemilik lagu seperti Carta Hati, Kosong, Sahabat dan Untuk Dia ini.
Perkembangan terkini, Najwa Latif kini bergelar pensyarah di UNITAR International University sejak dari tahun 2017 sehingga kini.

Anonymous
July 5, 2020 at 7:53 pm
Skurang2 nya ada kerja tetap…cnfrm fluent english jika klj swsta
mimi
July 6, 2020 at 9:45 am
She’s a Bachelor in English graduates from UNITAR and Master TESL graduates from Universiti Malaya dik, sah-sah fluent english. English Lecturer somemore, tapi humble je.
Anonymous
July 5, 2020 at 2:27 pm
Anak vvip tak perlu semua tu,
mimi
July 6, 2020 at 9:47 am
I tak rasa dia anak VVIP. Mak dia guru besar. Wawa pun ada kerja tetap as lecturer
Anonymous
July 5, 2020 at 1:15 pm
Dia x gila publisiti. Ilmu pelajaran tinggi, hiburan nyanyian pun padu. This is true artist. Unlikely to reach the same level as clown diva.