Punya Aset RM2.4 Bilion, Rihanna Masuk Daftar Wanita Terkaya Versi Forbes

Trending

Punya Aset RM2.4 Bilion, Rihanna Masuk Daftar Wanita Terkaya Versi Forbes

Penyanyi yang popular menerusi lagu Umbrella, Rihanna kini diumumkan majalah Forbes sebagai wanita terkaya self made di Amerika Syarikat (US) dengan kekayaan bersih menjangkau sebanyak RM2.4 bilion.

Menurut laporan, Kategori self made merupakan label yang diberikan kepada figura yang memiliki kekayaan atau aset melalui hasil usaha mereka sendiri, dan bukanlah hasil daripada warisan keluarga.

Advertisement

Selain itu, Rihanna juga kini berada di tangga ke 33 individu terkaya self made US. Hal ini demikian kerana, aset yang diperohnya itu merupakan keuntungan bersih dari karya muzik dan jenama kosmetik Fenty Beauty, yang dimilikinya bersama label mewah LVMH.

Tidak ketinggalan, beliau juga memiliki perniagaan lain seperti jenama Savage X Fenty yang memproduksi pakaian dalam dengan TechStyle Fashion Group sebagai pelabur mereka.

Selain Rihanna, beberapa lagi nama selebriti turut tersenarai antaranya, Madonna, Beyonce, Celine Dion dan Lady Gaga.

Untuk rekod, ketika dunia kini dilanda pandemik Covid 19, Rihanna juga khabarnya turut terlibat dalam beberapa projek mengumpul dana dan menderma. Malah beliau juga dikatakan telah menderma sekitar RM33 juta kepada golongan yang memerlukan.

Sumber: Forbes

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...