“Pung Pang Kau Suruh Orang Boikot Atas Nama Islam, Tapi..” – Naim Daniel Dikritik, Didakwa ‘Backup’ Rakan Artis

Hiburan

“Pung Pang Kau Suruh Orang Boikot Atas Nama Islam, Tapi..” – Naim Daniel Dikritik, Didakwa ‘Backup’ Rakan Artis

Tular sejak beberapa hari yang lalu mengenai gerakan netizen yang mula memboikot beberapa nama artis terkenal kerana memperagakan dan mempromosikan barangan serta produk berkaitan dengan Israel zionis.

Namun begitu, gerakan tersebut dikritik pelakon dan penyanyi Naim Daniel kerana dia menganggap ramai individu yang menggesa untuk melakukan boikot namun menghakimi mereka yang tidak melakukannya.

Advertisement
naim danielSumber : X  

Pung pang kau suruh orang boikot itu ini atas nama Islam. Tapi kau jatuh hukum sendiri, hina orang yang tak/belum berbuat demikian macam kau tak belajar adab dalam agama untuk jangan melampau.

Bocor ke tak bocor Islam kau? Semoga kita tak berada dalam golongan “terpaling”.

Naim berkongsikan pendapatnya itu menerusi satu ciapan di aplikasi X, sekaligus mengundang pelbagai kritikan dan respon dalam kalangan warga maya.

Rata-rata netizen menyatakan rasa kesal dengan kritikan Naim dan mendakwa dia seolah-olah mempertahankan rakan-rakan selebriti yang mempromosikan produk berkaitan Israel.

Terpaling? Terpaling apa? Better lagi dalam golongan terpaling daripada golongan yang promote produk Yahudi sebab duit. Sekurang-kurangnya kami buat benda yang korang tak mampu buat.

Terpaling selebriti dan influencer yang tone deaf memang patut pun kena boikot. Orang tengah marah, nak bantu pergi perang tak boleh. Tak boleh influence tak apa, but don’t endorse. Ingat, peminat dan orang awam yang support kerjaya korang. Jangan terlalu sombong.

Terdahulu, beberapa individu memulakan gerakan boikot artis tempatan yang menjadi model dan wajah untuk beberapa jenama barangan mewah antarabangsa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Halim Othman
7 months ago

Halim Othman Beri Respon Isu Pendedahan Anak Luar Nikah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...