Punca Sebenar 5 Cawangan Giant Ditutup Serentak Bermula 5 November Ini Didedahkan

Trending

Punca Sebenar 5 Cawangan Giant Ditutup Serentak Bermula 5 November Ini Didedahkan

Baru-baru ini negara digemparkan dengan berita penutupan 5 cawangan Giant Hypermarket secara serentak bermula 5 November. Malah diskaun besar-besaran juga dibuat bagi menghabiskan stok barangan sedia ada di 5 cawangan tersebut.

Advertisement

Giant Hypermarket ialah sebuah rangkaian pasar raya dan peruncit yang utama di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, dan Emiriyah Arab Bersatu. Ia adalah anak syarikat kepada Dairy Farm International Holdings (DFI).

Jenama gedung Giant ditubuhkan oleh keluarga Teng sebagai sebuah kedai runcit kecil dalam salah satu kawasan pinggir bandar di Kuala Lumpur pada tahun 1944. Misinya ialah untuk menawarkan pelbagai produk pada harga yang serendah mampu.

Oleh sebab reputasinya bertumbuh, begitu juga dengan perniagaannya.

Terkenal dengan slogan “Everyday Low Prices, Big Variety and Great Value”, pada 1999 gedung Giant Hypermarket pertama dibuka di Shah Alam, Selangor.

Menjelang tahun 2006, syarikat ini telah mengembang untuk mengoperasi sejumlah 86 pasar raya besar/pasar raya di Malaysia dengan saiz cawangan dari pasar raya besar 350,000 kaki persegi di Shah Alam hingga pasar raya 11,000 kaki persegi di Bangsar, Kuala Lumpur.

Rangkaian ini juga meliputi 6 gedung di selatan Malaysia iaitu Singapura.

Pasar raya besar Giant menawarkan selingkungan luas barangan tempatan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan hasil laut yang segar dalam persekitaran pasar basah.

Cawangannya yang baru pula dibuka di Bandaraya Kuala Terengganu, Terengganu pada 2008 yang terletak di hadapan ‘Bukit Hollywood’ Kuala Terengganu iaitu Bukit Besar.

Punca Penutupan 5 Cawangan Giant

Namun keutuhan legasi Giant tidak mampu bertahan lama apabila pihak pengurusan memutuskan untuk menutup 5 cawangan mereka secara serentak di seluruh Malaysia iaitu Seri Manjung, Sungai Petani, Shah Alam City Centre Mall, Sibu dan Selayang Lama selepas tempoh perjanjian pajakan premisnya tamat.

Penutupan itu berlaku kerana sektor runcit Malaysia menghadapi kelembapan jualan pada suku kedua tahun ini berbanding 3 bulan pertama tahun 2017 lapor TMI.

Walaupun jualan runcit berkembang pada kadar 4.9 peratus dari bulan April hingga Jun, membalikkan prestasi buruk jualan dari Januari hingga Mac apabila jumlah jualan merosot 1.2 peratus tahun ke tahun, pemain industri berkata peningkatan itu hanya sementara yang dijana oleh perbelanjaan untuk sambutan Hari Raya.

Kelemahan dijangka akan berterusan sepanjang tahun ini kerana pengguna mula berjimat cermat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Subsektor Pasaraya dan Hypermarket menunjukkan penurunan yang lebih buruk daripada jangkaan dalam keadaan pertumbuhan 4.8 peratus pada suku pertama tahun 2017 paling teruk di kalangan subsektor runcit lapor TMI lagi.

Baru-baru ini Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mendedahkan bahawa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada tahun 2015 telah menjejaskan peniaga-peniaga Melayu sehingga menyebabkan mereka menutup operasi.

Apabila ditanya mengapa perjanjian pajakan berkenaan tidak disambung dan berhubung nasib pekerja-pekerja di lima premis tersebut, jurucakap syarikat tersebut juga tidak mahu mengulas.

Semoga nasib pekerja di seluruh 5 cawangan ini terbela dan mendapat rezeki yang melimpah ruah serta dipermudahkan segala urusan mereka.

Peritnya ‘permainan ekonomi’ negara kita pada hari ni. Berjimatlah selagi termampu dan beli barang keperluan sahaja dan bukan kehendak kita.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...