Sebelum ini, laporan daripada Sinar Harian berkata gaya hidup anak muda waktu ini yang gemar bersukan pada waktu malam boleh menjadi ‘pembunuh senyap’.
Fitrah badan tak dicipta bersuka waktu malam
Di platform X, seorang pengguna memuat naik video memaparkan beberapa orang anak muda bersukan pada waktu malam dan meminta pandangan orang ramai.
Beberapa netizen kurang bersetuju melakukan aktiviti lasak pada waktu malam dan merasakan ia bertentangan dengan fitrah manusia kerana buat sesuatu perkara tak kena masa.
Banyak org muda meninggal dunia secara mengejut sbb heart attack ketika riadah di waktu malam. Bila check health background bkn perokok, tak hisap vape & tak consume apa2. Tapi tu la, aku pun bersukan waktu mlm sebab itu je waktu yg ada. If only working hours kita semua 8-3pm🥲 https://t.co/z60fvYH63b
— Arif~ (@arifshafiq_) January 14, 2024
Hanya waktu malam ‘free’ untuk beriadah
Namun begitu, ada juga beberapa netizen memberi pandangan bahawa waktu malam saja yang membolehkan mereka untuk bersenam dan amalkan gaya hidup sihat.
Ia kerana pada waktu siang bawa ke petang, masa mereka hanya dipenuhi dengan kerja di pejabat serta berada di atas jalan raya untuk pulang ke rumah.
Cukup rehat, jaga makan, ada tenaga
Bahkan, ada juga yang berkata tidak salah untuk bersenam pada waktu malam jika seseorang itu menjaga pemakanan, sudah rehat secukupnya serta masih mempunyai tenaga untuk bersenam tanpa memaksa diri.
Pendapat korang macam mana? Ok ke tak ok bersenam pada waktu malam?