Punca Kematian Bayi Adam Rayqal Didedahkan, Bukan Kerana Tersedak Susu

Trending

Punca Kematian Bayi Adam Rayqal Didedahkan, Bukan Kerana Tersedak Susu

Kematian bayi Adam Rayqal Mohd Sufi Naief yang berusia lima bulan mendapat perhatian Netizen kerana dianggap tragis. Bayi malang itu yang dilaporkan hilang semalam, sebenarnya telah meninggal dunia dan mayatnya disimpan oleh pengasuhnya dalam bahagian sejuk beku peti ais rumahnya.

Advertisement

Terbaru, punca kematian Adam Rayqal telah didedahkan. Melalui gambar perakuan post-mortem yang tersebar di media sosial, seorang pengamal perubatan mengesahan bahawa bayi malang itu meninggal dunia akibat kecederaan di kepala hasil daya objek tumpul.

Sementara itu, Utusan Online melaporkan mayat Adam Rayqal mempunyai kesan retak dan pendarahan dalam di bahagian kepala dan ini disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat namun bagaimana ia boleh berlaku kini dalam siasatan.

Fadzil dalam pada itu menolak dakwaan yang menyatakan bayi itu maut akibat tersedak susu kerana hasil bedah siasat tidak menemukan sebarang susu di kerongkong mangsa.

Beliau bagaimanapun menolak untuk mengesahkan kematian bayi malang itu akibat didera kerana siasat lanjut masih lagi dijalankan. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.