Punca COVID-19 Menular Di Korea, Kerajaan Tolak Sumbangan RM35,000 Daripada Pihak Fahaman Shincheonji

Trending

Punca COVID-19 Menular Di Korea, Kerajaan Tolak Sumbangan RM35,000 Daripada Pihak Fahaman Shincheonji

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, kes COVID-19 di Korea mula meningkat dengan mendadak apabila seorang mak cik tua yang merupakan pengikut kumpulan agama Shincheonji telah menjadi ‘super spreader’ dan menyebarkan virus itu ke ramai orang di merata daerah Daegu. Malahan, ada ahli kepercayaan tersebut yang menolak pemeriksaan kerana percaya Tuhan boleh menyembuhkan mereka.

Rata-rata rakyat Korea menyuarakan kemarahan dengan penganut agama ini yang pentingkan diri dan menjadi punca kepada penyebaran COVID-19 secara berleluasa di sana. Sampaikan ketua agama tersebut iaitu Lee Manhee telah melakukan sidang akhbar dan melutut memohon maaf atas kesalahan para pengikut Shicheonji tersebut.

Advertisement

ketua ajaran shincheonji

Mahu menghulurkan bantuan, Shicheonji telah mendermakan wang sebanyak 10 milion won (RM35,000~) kerana ingin membetulkan keadaan serius yang berpunca daripada kekhilafan mereka. Bantuan itu telah diberikan pada Jumaat lepas dan bukti tersebut telah diserahkan kepada media tempatan.

Walaubagaimanapun, disebabkan mengambil kira pandangan negatif rakyat umum mengenai agama itu, The Community Chest of Korea yang merupakan badan kebajikan bawah kelolaan kerajaan membuat keputusan untuk menolak derma tersebut. Menurut badan ini, pihak Shincheonji langsung tidak berbincang dengan mereka tentang perihal wang derma tersebut.

covid-19 di korea

Pihak Shincheonji menyatakan bahawa bantuan itu telah dibahagikan kepada dua badan iaitu beberapa pejabat Community Chest di mana 8.4 milion won untuk daerah Daegu dan selebihnya diberi sama rata kepada ibu pejabat pusat.

Datuk Bandar Daegu menyatakan bahawa wang bukanlah masalahnya. Mereka cuma berharap agar pihak dan ahli Shincheonji memberikan kerjasama secara aktif dengan pihak bertanggungjawab untuk mengekang masalah COVID-19.

Diharapkan rakyat Korea terus kuat untuk melawan wabak COVID-19.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...