Punca 3 Pelajar UiTM Dungun Maut, Pemandu Wanita Dilepaskan Dengan Jaminan RM40,000

Kehidupan

Punca 3 Pelajar UiTM Dungun Maut, Pemandu Wanita Dilepaskan Dengan Jaminan RM40,000

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini membenarkan permohonan kes seorang wanita yang menyebabkan kematian tiga orang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, dilepaskan dengan jaminan RM40,000.

Memetik laporan Buletin TV3, Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani membuat keputusan itu selepas mengambil kira beberapa faktor kesihatan mental tertuduh, Norizan Ismail, 50 tahun.

Advertisement
wanita langgar pelajar uitm dungunSumber : Buletin TV3 

Namun begitu, mahkamah turut menetapkan tujuh syarat ketat terhadap jaminan tersebut. Antaranya, Norizan perlu melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dua kali sebulan, iaitu pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan.

Selain itu, penjamin atau suaminya juga perlu memastikan kunci kenderaan tidak boleh diakses oleh tertuduh dan tidak memberikannya kepadanya.

Tertuduh juga tidak dibenarkan keluar dari rumah tanpa ditemani suami, dan sekiranya anak turut serta, kehadiran suami masih diwajibkan dan tertuduh juga diarahkan mendapatkan rawatan kesihatan di hospital berkaitan serta tidak dibenarkan mengganggu mana-mana saksi yang terlibat dalam kes ini sehingga perbicaraan selesai.

wanita langgar pelajar uitm dungunSumber : Astro Awani 

Sekiranya mana-mana syarat ini dilanggar, permohonan jaminan akan terbatal secara automatik dan wang jaminan akan dirampas.

Sebelum ini, tertuduh telah didakwa di mahkamah bersabit kesalahan di bawah Seksyen 307 dan 302 kanun keseksaan.

Norizan didakwa telah menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 21 dan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, Ku Adib Aizad Ku Azmi dan Khairil Anuar Jamaluddin, masing-masing berusia 20 tahun.

pelajar uitm dungun

Dalam kejadian yang berlaku di Jalan Pantai berhadapan UiTM Dungun pada 9 Oktober tahun lalu, Norizan yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV telah merempuh empat pelajar UiTM hingga menyebabkan tiga daripada maut.

UITM DUNGUN
8 months ago

“Tidak Pasti Sama Ada Wanita Itu Dapatkan Rawatan Mental Di Negeri Lain ...”- Suspek Nahas Pelajar UiTM Tiada Rekod Rawatan Mental di Terengganu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Buletin TV3

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...