Puluhan ‘Runner’ Foodpanda Iringi Rakan Seperjuangan Yang Maut Kemalangan Hingga Ke Tanah Perkuburan

Trending

Puluhan ‘Runner’ Foodpanda Iringi Rakan Seperjuangan Yang Maut Kemalangan Hingga Ke Tanah Perkuburan

Baru beberapa hari umat Islam di Malaysia menjalani ibadah puasa, pelbagai kisah sedih membabitkan pekerja penghantar pesanan didengari. Oleh kerana larangan pembukaan bazar Ramadhan yang saban tahun dilakukan, pekerja penghantar pesanan barangkali menerima pesanan penghantaran yang berganda.

Pemilik akaun laman Facebook, Mr Wan Chai Official berkongsi kisah sedih melibatkan kemalangan maut pekerja runner Foodpanda baru-baru ini. Kemalangan maut tersebut melibatkan mangsa yang bernama Muhammad Zaim Bin Azman berusia 21 tahun.

Advertisement

Maut ketika hantar pesanan

runner foodpanda

Arwah terlibat dengan kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan untuk menghantar makanan ke Jalan Meru. Setiba di jalan yang di lalui oleh arwah. Ada satu kereta yang hendak keluar dari simpang di jalan utama yang di lalui oleh arwah.

Menceritakan kembali kisah kemalangan maut melibatkan runner Foodpanda tadi, mangsa terlibat dengan kemalangan semasa sedang dalam perjalanan untuk menghantar pesanan makanan di Jalan Meru.

Kemalangan melibatkan pertembungan antara motosikal mangsa dengan sebuah kereta yang keluar dari persimpangan jalan utama. Kemungkinan mangsa tidak dapat melihat dengan jelas kereta yang datang arah persimpangan kerana dihalang sebuah lori sampah yang rosak di tepi jalan.

Beri penghormatan terakhir

foodpanda

Sebelum jenazah mangsa selamat dikebumikan, ramai runner Foodpanda yang datang memberikan penghormatan terakhir. Demi mencari pendapatan lebih di bulan puasa, mangsa telah memilih lokasi yang lebih jauh seperti sekitar Setia Alam, Meru dan kawsan berhampiran untuk menghantar tempahan pesanan.

Arwah sanggup merentasi jalan berpuluh kilometer pergi dan balik semata mata untuk menambah pendapatan di bulan ramadhan ini.

foodpanda

Di akhir perkongsian, pemilik akaun berpesan kepada semua yang menggunakan khidmat runner bagi menghantar pesanan atau bungkusan supaya tidak berkira dari soal caj bayaran penghantaran. Runner hanya menjalankan tugas untuk meringankan beban orang ramai untuk keluar dari rumah membeli sesuatu.

Kalau caj yang di bayar kepada mereka sebolehnya jangan terlalu berkira. Perlu lah kita ingat. Mereka yang berkerja sebagai runner hanya menerima upah dengan nilai RM3, RM5 atau RM10 setiap kali anda memesan makanan.

Tetapi mungkin anda tidak tahu itu lah nilai harga bagi 1 nyawa yang perlu di pertaruhkan di atas jalanraya setiap kali mereka menghantar makanan kepada anda.

Mereka juga sanggup meredah hujan dan panas ketika berada di jalan raya dengan bayaran upah yang tidak seberapa untuk setiap pesanan yang diterima. Anggap sahaja bayaran lebih yang dibuat sebagai satu sedekah di bulan yang mulia ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...