Puluhan Kampit Beras & Sardin Dibakar, Didakwa Dilakukan Oleh Ahli Politik Tewas PRU15

Berita

Puluhan Kampit Beras & Sardin Dibakar, Didakwa Dilakukan Oleh Ahli Politik Tewas PRU15

Memetik Harian Metro, puluhan kampit beras, tin sardin dan tepung dilaporkan telah dibuang dan dibakar di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur – Kampung Gunung Senyum, petang semalam.

Foto keadaan barang-barang makanan itu kemudiannya menjadi tular di media sosial dan TikTok setelah ia dirakam oleh pengguna jalan raya berkenaan.

Advertisement
Beras Sumber : X  

Berikutan itu, foto tersebut telah menuai pelbagai respon dalam kalangan netizen dan mencetuskan pelbagai spekulasi dan komen negatif.

Menurut sumber dan komen-komen warga maya, beras dan beberapa makanan dalam tin itu dibuang kerana sudah luput tarikh dan rosak akibat disimpan terlalu lama.

berasSumber : X  
Sumber : X  

Ada juga yang mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh seorang ahli politik yang tewas dalam Pilihan Raya Umum yang ke-15 tempoh hari.

Namun, sehingga setakat ini, masih belum ada pihak yang tampil mengaku dan menafikan dakwaan berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sanusi kahwin lain
2 weeks ago

"Apa Salahnya?" - Dakwaan Sanusi Kahwin Baru Senyap-Senyap Tular Di Media Sosial, Ini Jawab MB Kedah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...