Memetik Harian Metro, puluhan kampit beras, tin sardin dan tepung dilaporkan telah dibuang dan dibakar di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur – Kampung Gunung Senyum, petang semalam.
Foto keadaan barang-barang makanan itu kemudiannya menjadi tular di media sosial dan TikTok setelah ia dirakam oleh pengguna jalan raya berkenaan.
Sumber : X Berikutan itu, foto tersebut telah menuai pelbagai respon dalam kalangan netizen dan mencetuskan pelbagai spekulasi dan komen negatif.
Menurut sumber dan komen-komen warga maya, beras dan beberapa makanan dalam tin itu dibuang kerana sudah luput tarikh dan rosak akibat disimpan terlalu lama.
Sumber : X
Sumber : X Ada juga yang mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh seorang ahli politik yang tewas dalam Pilihan Raya Umum yang ke-15 tempoh hari.
Namun, sehingga setakat ini, masih belum ada pihak yang tampil mengaku dan menafikan dakwaan berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
