Pulau Pinang Syurga Makanan Jalanan Global

Travel

Pulau Pinang Syurga Makanan Jalanan Global

Sebut sahaja Pulau Pinang, apa perkara pertama yang terlintas dalam fikiran anda?

Advertisement

Semestinya makanan kan? Selain bangunan bersejarah dan lukisan jalanan di sana, orang ramai semestinya menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi wajib ‘food hunting’ mereka.

Sumber: Malaymail

Mana tidaknya, dari makanan india, cina dan melayu semua kita boleh dapatkan di Pulau Pinang, tak hairanlah setiap kali musim cuti sekolah ataupun cuti panjang orang ramai memilih negeri itu sebagai lokasi percutian mereka.

Perkara ini dipersetujui oleh seorang Master Chef selebriti Amerika, Martin Yan mengiktiraf Pulau Pinang sebagai sebuah pusat makanan jalanan global.

Yan yang dilahirkan di China merupakan seorang jururunding dan tenaga pengajar masakan yang amat dihormati, memuji tukang-tukang masak di Pulau Pinang yang terus mengekalkan gaya masakan jalanan selama lebih seratus tahun.

“Buat sekian lama, mereka masih memasak makanan jalanan, dan itu adalah baik. Seseorang hanya mampu berbuat demikian jika mereka memasak makanan dengan sepenuh hati dan minat untuk pelanggan.

“Saya bersetuju sepenuhnya Pulau Pinang dilabel sebagai syurga makanan jalanan.”

Walaupun hanya disediakan dan boleh didapati di jalanan, tetapi rasa serta keenakkan makanan-makanan ini boleh dianggap setaraf dengan restoran dan hotel ternama.

Makanan jalanan sememangnya sangat menarik dengan cara penyediaan yang fresh terus dihidangkan kepada pelanggan serta merta.

Jadi, bukan sahaja nasi kandaq, ini kami kongsikan empat lagi menu jalanan yang wajib anda cuba untuk melengkapkan kunjungan anda ke pulau mutiara ini.

Tiram goreng

pressonline.com

Tiram goreng atau oyster ommelette ni mungkin jarang anda dengar tetapi ini antara menu popular di Pulau Pinang. Tahu tak, Anthony Bourdain pernah datang ke sini untuk memperkenalkan snek jalanan istimewa ini dalam rancangan “No Reservations Asia”. Tiram akan digoreng dengan tepung ubi, telur, daun ketumbar dan bawang putih yang dicincang. Memang sedap makan dengan sos pedas ataupun dengan nasi panas.

Chee cheong fun

Sumber: Butter kicap

Anda penggemar chinese food? Kalau ya, ada satu makanan yang wajib anda cuba bila berkunjung ke Pulau Pinang. Chee cheong fun, diberi nama sempena rupa makanan ini yang nampak seperti usus. Tapi, anda jangan risau, sebenarnya makanan ini diberbuat daripada tepung beras dan inti dia pulak ialah daging atau makanan laut. Paling sedap bila dimakan dengan sos istimewanya. Banyak juga restoran cina muslim yang menghidangkan chee cheong fun yang halal untuk anda rasai kenikmatannya.

Roti bakar telur goyang

Sumber: Hungryonion

Tak tahu nak sarapan apa? Anda patut cuba menu sarapan yang menjadi kegilaan warga Pulau Pinang, roti bakar telur goyang. Lokasi popular untuk menikmati roti bakar ini ialah di Hutton Lane. Apa yang menariknya, roti yang disediakan di sini dibakar menggunakan arang. Roti bakar yang disapu dengan kaya dan dimakan bersama telur separuh masak akan membuatkan permulaan hari yang positif untuk anda.

Sup kambing roti benggali

Bila dengar tentang sup kambing, mungkin anda menganggap itu merupakan menu yang biasa sahaja. Semua itu akan berubah jika anda mencuba sup kambing di sini. Tak sah kalau andadatang ke sini tetapi tak mencuba roti benggali yang panas cicah dalam sup berempah. Memang terangkat jari!

Jadi jom rancang percutian anda dan nikmati makanan jalanan terbaik dan lazat di Pulau Pinang.

Sumber: Awani, Butterkicap

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...