Pulau Pinang Hilang Satu Lokasi Bersejarah, Villa Boon Siew Pengasas Jenama Honda Bakal Dirobohkan Untuk Pembinaan Kondominium Mewah

Kehidupan

Pulau Pinang Hilang Satu Lokasi Bersejarah, Villa Boon Siew Pengasas Jenama Honda Bakal Dirobohkan Untuk Pembinaan  Kondominium Mewah

Di kawasan Shamrock Beach, Batu Ferringhi, Pulau Pinang, terdapat sebuah kediaman mewah yang dikenali sebagai Vila Boon Siew.

Rumah ini dahulunya dimiliki oleh mendiang Tan Sri Loh Boon Siew, tokoh penting yang memainkan peranan utama membawa jenama Honda ke pasaran Malaysia.

Advertisement

Namun baru-baru ini, vila tersebut telah dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan kondominium mewah, menurut laporan New Straits Times.

Kawasan tapak kini telah dipagari dan kelihatan kru pembinaan mula menjalankan kerja-kerja awal bagi pembinaan kondominium setinggi 43 tingkat yang dikenali sebagai Ascott Residences Batu Ferringhi.

Tindakan ini mencetus rasa kehilangan bukan sahaja kepada penduduk setempat yang tinggal berhampiran vila tersebut, malah turut dirasai oleh mereka yang prihatin terhadap pemeliharaan warisan sejarah negeri.

boon siew villaSumber : Penang Property Talk  

Aktivis warisan, Clement Liang, yang aktif memperjuangkan pemeliharaan bangunan bersejarah di Pulau Pinang, menyatakan bahawa kes vila ini hanyalah satu daripada banyak kes serupa yang berlaku.

Menurut beliau, masih banyak bangunan bersejarah lain, khususnya yang terletak di luar kawasan Tapak Warisan Dunia George Town, yang tidak mendapat perlindungan undang-undang dan kini berdepan risiko dirobohkan.

Vila yang menawarkan panorama menghadap pantai Tanjung Bungah itu bukan sekadar sebuah struktur fizikal, tetapi dianggap sebagai simbol bersejarah yang mengabadikan legasi kehidupan Tan Sri Loh Boon Siew.

Presiden Penang Heritage Trust (PHT), Clement Liang, turut meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan merobohkan vila berkenaan.

Villa Boon Siew bukan sekadar sebuah rumah; ia merupakan sebahagian daripada sejarah hidup Pulau Pinang. Ia mempunyai kedudukan yang unik dalam warisan kita.

“Adalah amat dikesalkan apabila pemaju memilih untuk merobohkannya dan tidak mempertimbangkan untuk menggabungkannya dalam pelan pembangunan baharu mereka,” katanya kepada New Straits Times.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

live aliff syukri beg samma sold out 25 seconds
1 day ago

'Sold Out' Dalam Tempoh 25 Saat, Beg 'Kontroversi' Aliff Syukri Jadi Rebutan - "80,000 Orang 'Battle' Malam Tadi"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...