Pulau Pinang terpilih sebagai salah satu destinasi terbaik untuk melancong oleh CNN Travel, di samping lokasi popular lain dunia seperti Sepanyol, Greece, Maghribi dan Jerman.
Stesen penyiaran TV Amerika Syarikat itu menyenaraikan Pulau Pinang di tempat ke 15 daripada 19 destinasi perlancongan musim bunga terbaik tahun ini. Senarai tersebut bukanlah disusun mengikut paling hebat tetapi mengikut susunan abjad sahaja.
Menurut CNN travel, masa ini sangat sesuai untuk melancong ke Penang Hill untuk pengembaraan hutan hujan tropika yang asli.
Para saintis menganggarkan hutan tropika Malaysia mempunyai 20% spesies haiwan dunia dan spesies tumbuhan yang tidak pernah dijumpai.
Negara yang tersenarai bersama Pulau Pinang adalah Cancun di Mexico, Queenstown di New Zealand, Pulau Naoshima di Jepun, Munich di Jerman dan Patagonia di Argentina.
Destinasi di Amerika Syarikat termasuklah Grand Canyon di Arizona, Lake Tahoe di California, Las Vegas, Orlando di Florida, Puerto Rico, St Louis Zoo di Missouri dan Washington.
Sumber: thestar