Pulau Pinang Bakal Jadi Negeri Gigabit Pertama Malaysia

Teknologi

Pulau Pinang Bakal Jadi Negeri Gigabit Pertama Malaysia

Pulau Pinang berhasrat muncul negeri pertama di Malaysia menjadi bandar gigabit yang menawarkan Internet berkelajuan tinggi dan sambungan jalur lebar yang lebih kukuh kepada perniagaan dan perkhidmatan tempatan.

Advertisement

Menurut Awani, Pulau Pinang akan berkerjasama dengan 7 syarikat telekomunikasi bertujuan menerajui pembangunan infrastruktur telekomunikasi di negeri ini sejajar dengan wawasan Penang2030 negeri mesra keluarga, pintar dan hijau untuk memberi inspirasi kepada rakyat.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, pelan tersebut selaras dengan hasrat kerajaan negeri memastikan setiap rakyat negeri itu dapat menikmati akses Internet yang pantas serta sebagai persediaan bagi perkhidmatan 5G.

Pelan ini berjaya dirumuskan selepas mesyuarat diadakan pada Sabtu dengan tujuh pengendali syarikat telekomunikasi, termasuk Digi, Celcom, Maxis dan Telekom.

Paling penting, pengguna dapat merasai sambungan Internet yang lebih baik bagi membantu mereka menguruskan keperluan harian, keperluan komersial dan keperluan industri, untuk berhubung dengan orang lain dalam eko-sistem mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri Zairil Khir Johari berkata, kebanyakan syarikat telekomunikasi menghadapi pelbagai masalah daripada pihak berkuasa untuk membenarkan mereka menubuhkan infrastruktur telekomunikasi mereka.

Beliau berkata negeri ini juga perlu bersedia dengan infrastruktur yang sesuai dalam tempoh dua tahun akan datang untuk menerima rangkaian 5G.

Zairil berkata menurut MCMC, Pulau Pinang telah mencapai 100% penembusan liputan rangkaian 3G dan 97.7% 4G LTE yang menjadikan Pulau Pinang melebihi purata negara masing-masing sebanyak 81.6% dan 79.6%.

Dari segi liputan jalur lebar dan purata kelajuan muat turun, Pulau Pinang adalah satu daripada negeri tertinggi tetapi kami tidak boleh berpuas hati. Kami perlu bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan termasuk MCMC dan tujuh penyedia telekomunikasi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...