Sering kali jika anda membeli barang di pasar raya, plastik sudah tidak lagi disediakan. Tetapi ia dijual RM0.20 sehelai untuk mengurangkan pengunaan plastik.
Tetapi berbeza dengan Pulau Pinang, mereka akan menggunakan inisiatif lain iaitu menaikkan harga sehelai plastik dari RM0.20 ke RM1 mulai tahun 2023.
Menurut The Star, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata harga beg plastik akan dinaikkan kepada RM1 dari RM0.20.
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Kementerian Perubahan Iklin sudah meluluskan proposal ini.
Kami akan menyusulkan rancangan ini selepas tiada pengunaan bag plastik bermula pada tahun 2021.
Peningkatan harga ini akan berkuatkuasa pada tahun 2023. Pulau Pinang adalah negeri pertama di Malaysia yang mengumumkan tiada plastik beg disediakan pada tahun 2009.
Jadi, kepada anda semua, amalkan bawa beg sendiri semasa membeli belah. Sayangi alam sekitar dari terus tercemar.
Sumber: The Star