Setiap kali musim tenkujuh saja, pulau-pulau di sebelah pantai timur selalunya akan terkena tempias dengan cuaca yang kurang baik dan tidak selamat untuk bercuti.
Disebabkan musim ini tidak dapat dijangka, maka pengusaha yang mengendalikan kemudahan penginapan atau pengangkutan di pulau sekitar Terengganu sepakat untuk menutup operasi selama 4 bulan sehingga keadaan terkawal berikutan musim tengkujuh.
Kini sudah dibuka, anda boleh boleh merancang percutian ke destinasi kesukaan anda di Terengganu.
Walaupun cuaca dan ombak kelihatan baik pada bula lalu, pengusaha pusat penginapan tidak terburu-buru untuk memulakan operasi kerana tidak mahu perkara tidak diingini berlaku.
Mereka memanfaatkan tempoh penutupan dengan menaiktarafkan infrastruktur tempat penginapan masing-masing.
Bagaimanapun, pengusaha resort dan penginapan juga diingatkan supaya sentiasa peka dan mengemaskini keadaan cuaca semasa dengan Jabatan Laut bagi memastikan operasi mereka berjalan dengan lancar.
Sumber: Berita Harian