Kita semua tahu bahawa kerajaan Indonesia telah mengeluarkan kenyataan bahawa Pulau Komodo akan ditutup pada tahun hadapan untuk kerja-kerja pemulihan.
Baca: Pulau Komodo bakal ditutup pada tahun hadapan
Cadangan penutupan diambil bertujuan mengelak kehadiran pelancong yang dianggap mengganggu habitat dan menimbulkan kesan negatif terhadap pembiakkan biawak komodo.
Kini tidak lagi, dimana Indonesia akan membenarkan pelancong, tetapi bayaran keahlian tahunan dengan harga premium perlu dibayar terlebih dahulu, menurut Berita Harian.
Setiap pelancong yang mahu ke sana perlu membayar USD500 (~RM2,000) untuk yuran tersebut. Tetapi, ada yang berkata kemungkinan besar harga untuk yuran tersebut boleh mencecah USD1,000 (~RM4,146).
Dimana sebelum ini, pelancong hanya dikenakan bayaran sebanyak $10 (~RM41.86) jika mahu melihat habitat komodo di pulau berkenaan.