Indonesia telah mengumumkan Pulau Komodo secara rasminya akan ditutup bermula tahun 2020 untuk kerja pemulihan. Pulau yang menjadi tarikan kepada pelancong itu kerana haiwan komodo sebagai tarikan utama.
Perancangan untuk menutup pulau itu dibuat untuk memelihara persekitaran dan perkembangan populasi haiwan komodo ini daripada pupus.
Pulau Komodo antara 12 tempat menarik yang menjadi tumpuan di Indonesia dengan jumlah pelancong yang semakin meningkat pada setiap tahun. Penutupan pulau tersebut akan dilakukan selama setahun dan telah dipersetujui oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo yang telah melawat pulau itu sendiri.
Walaubagaimanapun, penduduk setempat tidak bersetuju dengan perancangan tersebut. Kos pemulihan dijangka menelan belanja 100 bilion rupiah (RM29,524,390).
Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa Pulau Komodo ini menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia kan? Jadi disini kami kongsikan antara fakta menarik mengenai haiwan komodo yang menjadi tarikan pulau ini.
1. Selain daripada pelancong, para pengkaji datang ke pulau ini untuk mempelajari evolusi haiwan yang hanya ada di Indonesia. Nusa Tenggara Timur memiliki populasi terakhir Komodo dalam jumlah yang banyak.
2. Penjaga Taman Nasional tidak memberikan makanan kepada haiwan ini sebaliknya mereka memburu sendiri haiwan seperti kambing dan burung.
3. Haiwan komodo tidak hidup secara berkumpulan tetapi bergerak secara individu sahaja.
4. Haiwan komodo berdarah sejuk dan gemar berjemur di puncak bukit dan kemudian turun semula untuk berteduh.
5. Mereka antara haiwan yang mudah stress sekiranya berada dalam keadaan ramai orang. Jadi jika mereka dilihat dalam keadaan stress, pengawal pulau akan memberi amaran kepada pengunjung untuk menjauhkan diri.
6. Sekiranya dalam keadaan terancam, haiwan komodo akan membuat serangan secara mendadak. Sekiranya ini berlaku, pengunjung dinasihatkan tidak panik dan jangan bergerak.
7. Komodo mempunyai air liur beracun yang mempunyai bakteria yang boleh mematikan. Biasanya mereka akan mengikut mangsa setelah mereka mengigitnya.
8.Untuk perempuan yang di dalam keadaan haid, penting untuk memaklumkan kepada renjer kerana haiwan komodo sangat sensitif terhadap bau darah.
Sumber: Pemburu ombak