‘Pulau Buatan Manusia’ Didakwa Mudah Diserang Musuh Di Laut China Selatan

Kehidupan

‘Pulau Buatan Manusia’ Didakwa Mudah Diserang Musuh Di Laut China Selatan

Umum mengetahui negara China telah membangunkan atoll dan terumbu karang secara haram di Spratly, Laut China Selatan untuk menjadi pangkalan tentera yang lengkap pada tahun 2015.

Menurut badan pemikir Amerika Syarikat iaitu Centre for Strategic and International Studies, selepas menambak dan membina atoll, Beijing telah menyiapkannya dengan landasan, sistem komunikasi serta kelengkapan lain bagi menjadikannya sebagai pangkalan tentera. Pulau buatan itu diduduki secara haram dan dijadikan ‘kubu-kubu’ tentera mereka.

Advertisement

pulau buatan manusia di Laut China Selatan

Terbaru, satu majalah ketenteraan di Beijing ‘Naval and Merchant Ships’ telah menimbulkan tanda tanya terhadap ketahanan pulau buatan manusia di Spratly. Ia telah menjadi keraguan ramai dalam menangani serangan pihak musuh.

Antara kelemahan yang terdapat di pulau buatan manusia ialah jarak pulau yang terlalu jauh dengan tanah besar China. Selain itu, saiznya yang kecil dan kemampuan terhad landasannya dan kewujudan pelbagai arah boleh diserang dari pihak musuh.

pulau buatan manusia

“Pulau-pulau buatan manusia ini memiliki kelebihan yang unik dalam memelihara kedaulatan China dan mengekalkan kehadiran tentera China di laut dalam, tetapi ia juga mempunyai kekurangan semulajadi dalam pertahanan”, menurut majalah tersebut.

Memandangkan pulau itu terlalu jauh dari tanah besar China, ia memakan masa yang lama untuk bantuan sampai jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.

pulau buatan manusia di Spratly

Dalam masa yang sama, landasan kapal terbang yang dibuat juga terletak hampir dengan laut besar dan ia mendedahkan dengan elemen kerosakan akibat ombak dan cuaca tropika.

Kelemahan yang nyata dapat dilihat di pulau ini ialah landskapnya rata dan tiada tumbuhan atau batu-batuan memudahkan pihak musuh untuk melakukan serangan.

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...