Pulau Boracay Dibuka Semula Kepada Pelancong Selepas Proses Pembersihan

Travel

Pulau Boracay Dibuka Semula Kepada Pelancong Selepas Proses Pembersihan

Lokasi pelancongan yang sememangnya popular dengan pasir pantai yang bersih, putih dan halus, Pulau Boracay akan membuka kembali pintunya kepada para pelancong mulai hari ini.

Sumber: Island

Pelancong boleh menikmati kembali keindahan sekitar pulau yang bersih dan cantik setelah diarahkan tutup selama enam bulan oleh Presiden Filipina, Rodrigo Duterte untuk proses pembersihan dan membaik pulih.

Advertisement

Sumber: ASB-CBN

Proses pembersihan dilakukan bertujuan untuk memperbaiki kerosakan yang disebabkan oleh aktiviti pelancongan yang terlalu banyak dan tak terkawal.

Tetapi ada beberapa perubahan yang ketara berlaku untuk pembukaan semula pulau tersebut. Jumlah hotel dan restoran di Boracay akan berkurang daripada sebelum ini, jumlah pelancong juga akan dihadkan dalam satu-satu masa serta satu undang-undang baharu yang akan mengehadkan aktiviti parti pantai. Selain itu, segala aktiviti pantai juga dilarang buat masa sekarang.

Di bawah garis panduan baru, hanya 19,215 orang pelancong dibenarkan melawat pulau itu dalam satu-satu masa dan lebih kurang 6, 400 pelancong sehari. Para pelancong hanya dibenarkan untuk tinggal di sana selama tiga hari sahaja.

Pengunjung juga hanya ada pilihan 116  buah penginapan hotel dan resort dengan jumlah bilik sebanyak 5, 677 buah dan boleh mula ditempah mulai 19 Oktober lalu. Sebelum ini, jumlah penginapan di sana ialah 525 buah hotel serta resort yang mempunyai lebih kurang 14,000 buah bilik.

Sumber: lerablog

Semua ini bertujuan untuk memulihara dan mengekalkan kebersihan serta keindahan laut dan pulau tersebut supaya boleh terus dinikmati oleh lebih ramai pelancong pada masa akan datang.

Setiausaha Pelancongan Bernadette Romulo-Puyat berkata beliau berharap Boracay baru akan menjadi permulaan “budaya pelancongan lestari” di Filipina, dan bakal diikuti oleh destinasi pelancongan yang lain pada masa akan datang.

Selain itu, pihak kerajaan Filipina juga telah mengedarkan arahan bertulis kepada beberapa lokasi tarikan pelancong seperti kepulauan El Nido dan Panglao termasuk tempat memberi makan ikan paus di Oslob, untuk mengurangkan jumlah pelancong mereka kepada separuh daripada jumlah biasa.

Apa tunggu lagi, anda dah boleh mula merancang percutian ke pulau ini. Alami sendiri keindahan Boracay yang serba baru dan lebih bersih.

Sumber: Rappler

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...