Pulas Telinga Hingga Cedera, Pengetua Tadika Didenda RM2,000

Kehidupan

Pulas Telinga Hingga Cedera, Pengetua Tadika Didenda RM2,000

Seorang pengetua tadika telah didenda maksimum RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas dia mengaku bersalah mencederakan muridnya yang berusia enam tahun hanya kerana tersalah menulis huruf G.

Memetik laporan Kosmo! Online, Hakim, Nurulizwan Ahmad Zubir menjatuhkan hukuman tersebut dan turut memerintahkan penjara 20 hari sekiranya gagal membayar denda namun tertuduh berjaya membayarnya.

Advertisement

gavel

Mengikut pertuduhan, kejadian ini berlaku pada 6 Mac 2024, sekitar 11.30 pagi apabila tertuduh memulas telinga mangsa.

Kes ini didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Peguam tertuduh, Jenifer Irithusamy merayu mahkamah mengenakan hukuman denda minimum selain memberi peluang kepada anak guamnya menentukan kehidupan ke arah lebih baik.

Tertuduh merupakan ibu tunggal dan mempunyai dua anak dengan pendapatan RM3,000 sebulan. Tertuduh memohon maaf kepada mahkamah, polis dan mangsa atas perbuatan ini selain berjanji tidak akan melakukan kesalahan sama.

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hairuliqram Hairuddin menegaskan bahawa kepentingan awam perlu diutamakan dan pengakuan bersalah bukanlah tiket untuk hukuman ringan.

Mengikut fakta kes, ibu mangsa mengetahui kejadian itu daripada anak sulungnya yang berusia 10 tahun. Selain memulas telinga, tertuduh juga memukul tangan kanan mangsa dengan pen marker dan pemeriksaan perubatan mengesahkan terdapat kecederaan tisu lembut pada telinga kanan mangsa.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

KPM Siasat Dakwaan Guru Keluarkan Kenyataan Rasis Pada Pelajar
5 days ago

KPM Siasat Dakwaan Guru Keluarkan Kenyataan Rasis Pada Pelajar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...