Biarpun rumah tangga alami masalah sejak dua tahun yang lalu, madu kepada pelakon Miera Liyana iaitu Adibah Abdul Mutalib tetap mahu pertahankan rumah tangganya itu bersama suami, Rosland Othman.
Menurut Adibah, dia tidak mempunyai hasrat untuk bercerai dengan suami dan mengakui masih sayang terhadap rumah tangga yang sudah dibina selama 28 tahun biarpun Rosland mengahwini wanita lain pada Julai 2020.
Saya cuma mahu suami lebih bertanggungjawab dan adil dalam soal pemberian nafkah.
Menurut Adibah lagi, ketika ini dirinya susah untuk berkomunikasi dengan suami kerana nombor masih disekat sejak 21 September tahun lalu dan disebabkan itu, Rosland hanya berhubung dan memberi nafkah melalui anak.
Dalam pada itu, wanita terbabit turut menyeru Rosland untuk pulang ke rumah dan membincangkan hal yang berlaku secara baik serta capai kata sepakat bersama.
Sebelum ini, kecoh di serata platform susulan dakwaan mengatakan Rosland Othman sudah lebih setahun tetapi memberi nafkah kepada isteri pertama dan anak-anak.