Pulangkan Hak Orang, Lelaki Kongsi Cara Kembalikan Wang BPN

Kehidupan

Pulangkan Hak Orang, Lelaki Kongsi Cara Kembalikan Wang BPN

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang bertujuan untuk meringankan beban golongan B40 dan M40 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikhabarkan telah mula dikreditkan ke akaun bank penerima sejak 6 April yang lalu.

Baca: Beratur Panjang Untuk Tuntut BPN, Rakyat Malaysia Tak Patuhi Penjarakan Sosial

Advertisement

Difahamkan, penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebelum ini adalah antara penerima yang terawal akan mendapat bayaran BPN tersebut, dan kepada sesiapa yang tidak pernah menerima bantuan itu mereka perlu membuat permohonan di laman web LHDN terlebih dahulu bagi memastikan penerima BPN ini adalah penerima yang betul-betul layak sahaja.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular berita mengenai seorang lelaki yang telah menerima wang BPN tetapi bertindak memulangkan wang itu semula, setelah berpendapat bahawa dirinya tidak layak menerima bantuan tersebut.

Walaupun saya pun takla banyak mana pun duit…tapi bila BPN tersalah masuk, maka pulangkan ke tempat asalnya.

Gambar Hiasan

Menurut posting tersebut, beliau berpendapat bahawa ramai lagi golongan B40 yang masih tidak dapat bantuan tersebut dan kesalahan itu terjadi kerana lelaki tersebut masih belum mengemas kini maklumat peribadinya jadi dia masih lagi dianggap sebagai golongan yang layak.

Sistem online ni, hebat mana pun akan ada mistake.

Di dalam posting tersebut, beliau telah berkongsi bagaimana cara untuk memulangkan semula duit BPN yang sudah dikreditkan ke dalam akaunnya itu.

Gambar Hiasan

Kalau diam siapa yang tahu kan? Ujarnya. Beliau juga mengajak orang ramai yang mengalami situasi yang sama sepertinya, untuk turut serta melakukan perkara yang sama, kerana dia percaya bahawa ramai lagi yang memerlukan bantuan tersebut.

Rata-rata netizen telah memuji tindakan lelaki tersebut.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...