“Pulangkan Atau Saya Akan Hantar Santau” – Wanita ‘Naik Hantu’ Gara-Gara Bungkusan Kerap Dicuri

Kehidupan

“Pulangkan Atau Saya Akan Hantar Santau” – Wanita ‘Naik Hantu’ Gara-Gara Bungkusan Kerap Dicuri

Seorang wanita yang juga penduduk di sebuah kondominium tular di media sosial selepas berkongsi mesej ancaman yang dipercayai ditujukan kepada individu yang mencuri bungkusan penghuni lain.

Menerusi hantaran di Threads, wanita berkenaan berkongsi tangkap layar mesej di kumpulan Telegram komuniti kondominium terbabit yang memaparkan nota amaran ditampal pada peti surat.

Advertisement

individu hantar santau parcel kerap dicuri

Bangun pagi nampak mesej ini di dalam group kondo Telegram. Dashyat wei sampai pakai santau siam.

Dalam mesej yang ditampal, pemilik bungkusan memohon agar barang yang diambil dipulangkan dengan segera dan memberi amaran akan menggunakan cara mistik sekiranya tidak dipulangkan.

Sesiapa yang mengambil bungkusan dari peti surat ini, tolong pulangkan segera. Saya tidak kisah jika awak sudah membukanya, tolong pulangkan.

Jika awak tidak mahu berbuat sedemikian, saya akan hantar awak kawan! Dan semak alat sulit anda setiap hari. Anda bakal terima karma.

Nota itu turut disertakan dengan tiga bulatan merah yang dikatakan darah, serta tulisan dalam bahasa Siam dipercayai mantera, yang menambahkan elemen mistik dan ancaman kepada mesej berkenaan.

parcel kerap dicuri wanita hantar santau

Wanita berkenaan turut mendakwa kes kecurian bungkusan berlaku hampir setiap hari dan pihak pengurusan didakwa tidak mengambil sebarang tindakan.

Melalui ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa marah dan simpati terhadap kejadian tersebut, malah ada yang menyifatkan tindakan itu sebagai langkah terakhir oleh individu yang mungkin sudah hilang sabar.

Apabila diterjemah, tulisan Siam dalam nota tersebut membawa maksud “Mulai sekarang, kita akan mati bersama”, dipercayai sebahagian daripada mantera tradisional Thai yang digunakan dalam amalan perlindungan diri atau untuk menghantar bala kepada individu lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 week ago

Perlis Pun 'Kalah', Hanya 10 Penduduk Direkodkan, Kampung Bandar Terus Bertahan dengan Warisan Sejarah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...