Pulangan ASB Terendah Dalam Sejarah, Dividen 5.50 Sen Seunit Diumumkan

Trending

Pulangan ASB Terendah Dalam Sejarah, Dividen 5.50 Sen Seunit Diumumkan

Amanah Saham Nasional Berhad baru sahaja mengumumkan pengagihan pendapatan (dividen) 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen untuk dana utamanya Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember ini.

Perkara ini telah diumumkan sendiri oleh Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Dr Zeti Aziz di mana ini juga membabitkan pengagihan berjumlah RM9.00 bilion. Setakat ini, jumlah pemegang unit ASB kini mencecah 10 juta orang.

Advertisement

Jika dibandingkan pada tahun-tahun sebelumnya, tahun ini mencatatkan rekod paling rendah dalam sejarah. Untuk tahun lalu, ASNB mengagihkan pendapatan (dividen) sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Tan Sri Zeti berkata Bursa Malaysia kemungkinan dijangka mencatatkan prestasi yang lebih baik pada separuh kedua 2020 dengan pengurangan beberapa risiko dan ringgit berada dalam jajaran kecil sehingga suku kedua pada tahun depan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...