Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pulang Ke Malaysia Pada Bulan April, Zahirah MacWilson Dan Suami Dah Tak Sabar Nak Berlakon Kembali

Zahirah MAcwilson Aiman

Pelakon cantik yang kini berada di Perth, Australia, Zahirah Macwilson berkata dia dan Aiman Hakim Ridza serta anak mereka, Isaac Raees bakal pulang ke Malaysia dijangka pada bulan April ini.

Aiman Hakim ZahirahSumber : Instagram Zahirah Macwilson  

Sudah tidak sabar lagi untuk pulang ke tanah air, Zahirah yang ditemui media berkata kini sudah tiba masanya untuk dia dan Hakim kembali beraksi di pentas lakonan dan bekerja seperti biasa.

Advertisement

Setelah hampir lima bulan menetap di Perth, Zahirah walau bagaimanapun tidak lagi menetapkan tarikh yang sebenarnya untuk dia dan keluarga kecilnya pulang ke Malaysia namun yang pasti, dalam bulan hadapan.

“Buat masa ini kami belum menetapkan tarikh lagi bila hendak pulang ke Malaysia tapi apa yang saya boleh katakan tidak lama lagi. Ia dalam bulan hadapan. Aiman pun dah rindu nak kerja balik dan dia bakal memulakan penggambaran selepas Hari Raya ini.”

Namun begitu, ujar Zahirah, dia mungkin akan mengambil masa sekurang-kurangnya dalam dua atau tiga bulan untuk bersedia dari fizikal dan mental sebelum mula bekerja seperti biasa.

Advertisement

Perkara tersebut dikongsikan pelakon wanita ini ketika sidang media secara maya untuk filem Bulan & Pria Terhebat.

Perkembangan lain, Zahirah mengakui berasa agak terkilan kerana tidak dapat mempromosikan filem terbarunya itu secara fizikal namun giat memberikan publisiti untuk filem Bulan & Pria Terhebat menerusi media sosial miliknya.

Dia juga dalam pada itu bersyukur kerana menerima banyak komen serta respon yang positif mengenai filem tersebut berikutan ramai peminat yang tampil memberi sokongan padu dan menontonnya di panggung rumah masing-masing menerusi saluran Astro First sejak ianya ditayangkan pada 11 Mac yang lalu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama