“Pulang Ke Kota Untuk Bekerja Dan Jangan Takut Dikompaun” – Ismail Sabri

Trending

“Pulang Ke Kota Untuk Bekerja Dan Jangan Takut Dikompaun” – Ismail Sabri

Bagi individu yang pulang ke kampung sempena cuti perayaan, dinasihatkan untuk tidak menjadikan alasan takut dengan kompaun dan tindakan undang-undang ketika mahu pulang semula ke kota bagi memulakan tugasan serta pekerjaan seperti biasa.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka perlu pulang atau akan berdepan risiko hilang pekerjaan.

Advertisement

“Kalau lolos dahulu, mereka cekap. Tetapi ketika balik tidak dapat lolos, mereka akan diambil tindakan polis. Jadi, bayar sahajalah kompaun. Jangan sampai tidak pulang. Jangan sebab takutkan dikompaun, tidak balik dan akhirnya hilang pekerjaan.”

Ismail Sabri juga berkata, tiada istilah polis berkeras dalam mengeluarkan kompaun kepada pesalah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sewaktu menyambut perayaan, kerana amaran telah dikeluarkan beberapa kali sebelum ini.

Menurutnya polis masih berbudi bicara, kerana jumlah individu yang telah dikenakan kompaun terlalu kecil, berbanding jumlah keseluruhan rakyat Malaysia. Polis perlu terus bertegas dalam melaksanakan undang-undang.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman pula berkata, penjawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib jika tidak kembali bekerja selepas Aidilfitri dengan alasan terperangkap di kampung, akibat melanggar larangan rentas negeri dalam tempoh PKPB.

Ismail Sabri, dalam mengulas mengenai isu seorang pemandu bas wanita di Singapura yang kematian suaminya, kerajaan tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk menguruskan kes kecemasan termasuklah upacara pengebumian.

Namun, ia harus dilakukan dalam prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Individu tersebut boleh melawat upacara pengebumian berkenaan dengan syarat memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) dan hanya boleh merentas negara hanya selama tiga jam, dengan diiringi pegawai kesihatan.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...