Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pulang Ke Kampung Dengan Alasan, Pelakon Zaki Azeman Mohon Maaf

Zaki Azeman

Tindakan pelakon Zaki Azeman yang pulang ke kampung dan merentas negeri dari Kuala Lumpur ke Perlis mengundang persoalan daripada netizen.

Enggan mwengeruhkan keadaan, Zaki tampil membuat penjelasan mengenai tujuan utamanya pulang ke kampung halaman adalah kerana ingin menziarahi adiknya yang kini terlantar akibat kemalangan empat bulan yang lalu.

Advertisement

Menafikan dakwaan pulang ke kampung kerana ingin meraikan hari raya bersama keluarga, Zaki memberitahu sebab asalnya adalah kerana ingin melawat adiknya.

“Ikutkan memang nak beraya di KL saja. Tapi atas dasar peribadi ingin menziarahi adik, dah lama tak tengok dia. Saya akui ketika ini, memang tidak boleh merentas daerah mahupun negeri jika tiada alasan yang kuat dan munasabah.”

Dia dalam pada itu turut memohon maaf kepada orang ramai jika perbuatannya itu mengguris hati mana-mana pihak yang terkesan akibat perlaksaan PKP 3.0 kini.

Zaki juga menzahirkan harapan agar mereka di luar sana agar tidak bersangka buruk tanpa mengetahui perkara yang sebenarnya.

“Saya harap orang ramai janganlah cepat bersangka buruk tanpa mengetahui perkara sebenar. Saya juga tidak mahu kerana perbuatan balik kampung ini boleh merosakkan dan memburukkan lagi nama penggiat seni, maafkan saya..” ujar Zaki mengakhiri bicara.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Anon

    May 17, 2021 at 7:21 am

    Kenapa x balik 4 bulan lepas? Atau 2 bulan lepas? Kenapa time dekat nak raya? Tapi xleh salahkan die 100 percent pon. Dh polis kat balai bagi kebenaran, polis kat roadblock pon lepas je kan.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top