Pulang Daripada Umrah : Mia Sara Kini Berhijab Sepenuhnya

Hiburan

Pulang Daripada Umrah : Mia Sara Kini Berhijab Sepenuhnya

Berkesempatan untuk menunaikan ibadah Umrah pada usia yang muda, pelakon kanak-kanak Mia Sara mengambil keputusan untuk mengenakan hijab sepenuhnya selepas pulang daripada tanah suci Mekah.

Advertisement

Perkara itu disahkan sendiri oleh bapanya, Muhammad Ridhuan. Jelas beliau, Mia sememangnya sudah lama menyimpan hasrat untuk bertudung.

Nak diikutkan Mia berhasrat mahu bertudung sejak setahun lalu. Lebih-lebih lagi apabila melihat semua keluarganya menutup aurat, dia seorang sahaja yang tidak.

Saya menyokong hasrat itu dan pada masa sama tidak memaksa kerana dia masih lagi belum akil baligh.

Masih lagi terikat dengan beberapa drama yang memerlukan beliau tidak berhijab, Ridhuan berharap masyarakat tidak berpandang serong dan mengecam anaknya itu nanti.

Apa yang penting, Mia ada mempunyai niat untuk menjadi seorang Islam yang baik dan perlu berubah secara perlahan-lahan.

Sebelum ini Mia telah mengikat kontrak untuk beberapa siri drama yang memerlukan dia tidak bertudung.

Oleh itu Mia akan tampil tanpa hijab untuk beberapa buah drama buat masa ini. Saya harap, tiada yang menghentam. Apatah lagi niatnya ingin berubah untuk menjadi seorang Islam yang baik, jadi biarlah dia melalui proses belajar itu.

Meskipun belum akil baligh, Mia mempunyai kesedaran untuk menutup aurat. Jadi berilah beliau peluang untuk berubah. Kita harus bangga sebenarnya seoran kanak-kanak mampu berfikiran seperti ini.  Semoga proses Mia untuk menjadi seorang muslimah sejati diberkati.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...