Pemain Bintang Muda Manchester United Didakwa Pukul Teman Wanita Sampai Berdarah Bibir

Hiburan

Pemain Bintang Muda Manchester United Didakwa Pukul Teman Wanita Sampai Berdarah Bibir

Kecoh di media sosial semalam apabila seorang wanita mendakwa dirinya telah dipukul kekasih yang juga merupakan pemain muda kelab bola terkenal dunia Manchester United, Mason Greenwood.

Mangsa yang dikenali sebagai Harriet Robson itu telah berkongsi gambar yang memaparkan bibirnya mengalami pendarahan serius menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya.

Advertisement

Dalam kapsyen Instagram Story tersebut, Harriet menulis “Kepada semua yang ingin mengetahui apa sebenarnya Mason Greenwood lakukan kepada saya.”

Bukan sahaja foto tersebut menjadi tular, Harriet turut berkongsi beberapa rakaman suara Greenwood yang bersikap kasar dan beberapa ugutan yang dikenakan kepadanya.

 

Mason Greenwood HarrietSumber : Instagram  

 

Peminat sukan bola sepak dunia ternyata terkejut dengan apa yang berlaku kepada Mason kerana dia memiliki masa depan yang cerah bersama pasukan bola sepak ternama dunia itu.

Namun begitu, kelab bola sepak berkenaan enggan mengulas lanjut mengenai apa yang tersebar namun menegaskan mereka tidak menyokong sebarang aktiviti keganasan.

“Kami sedia maklum mengenai gambar-gambar dan dakwaan yang tular di media sosial. Kami tidak akan membuat sebarang ulasan sehingga mendapat kesahihan fakta” ujar kelab itu lagi.

Jika dakwaan kekasih pemain muda itu benar, ini pasti akan menjejaskan karier pemain yang baru sahaja berusia 20 tahun itu.

Haris Neelofa
2 years ago

(TAHNIAH) Selamat Bersalin Anak Lelaki, Neelofa Dan Haris Pilih Nama Muhammad Bilal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...