Gara-gara tidak berpuas hati dengan servis diberikan oleh seorang pelacur yang dilanggan, seorang lelaki bertindak memukul wanita terbabit.
Lelaki berasal dari Malaysia yang bekerja di Singapura itu mendakwa servis diterimanya tidak berbaloi dengan bayaran diberikan membuatkannya naik angin.
Menurut WeirdKaya, Goh Jun Liang bekerja sebagai pembungkus di sebuah syarikat farmaseutikal dan menjumpai profil mangsa ketika membuka laman sesawang servis seks pada 16 April lalu.
Dia kemudian menghubunginya dan mengatur untuk bertemu di rumah wanita tersebut selepas bersetuju dengan bayaran ditawarkan iaitu S$130 (RM445.85) bagi setiap aksi.
Pada jam 8 malam, mereka melakukan hubungan seks selepas Goh membayar jumlah tersebut namun selepas membersihkan diri dia membuat permintaan untuk seks kali kedua.
Selepas membayarnya jumlah yang sama sekali lagi, mereka meneruskan kegiatan itu bagaimanapun ia tidak berjalan dengan lancar serta Goh tidak menyukainya.
Bukan itu sahaja, Goh juga berkata dia berasa annoyed dengan apa yang dikatakan oleh wanita itu gara-gara mengambil masa yang terlalu lama untuk ‘selesai’.
Minta semula duit
Ketika itulah dia menuntut agar wanita itu mengembalikan semula duitnya kerana berasa servisnya tidak memuaskan dan tidak berbaloi.
Goh kemudian mengambil botol besi dari atas meja dan menghentak leher wanita itu dari arah belakang dan terus menyerangnya meskipun sudah bersetuju untuk memulangkan duit.
Mangsa kemudian menghubungi rakannya dan membuat laporan polis selepas kejadian itu yang menyebabkannya mengalami bengkak di bahu dan sakit di kepala.
Pada 22 Ogos lalu, Goh dihadapkan di mahkamah dan mengaku bersalah atas satu pertuduhan menyebabkan kecederaan sukarela. Mahkamah kemudian mengarahkan agar Goh dipenjarakan selama enam minggu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.