Pukul Pekerja Warga Asing, Papagomo Mengaku Bersalah

Trending

Pukul Pekerja Warga Asing, Papagomo Mengaku Bersalah

papagomo1

Wan Muhammad Azri Wan Deris, 33, hari ini dijatuhi hukuman denda RM4,300 oleh mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan menyerang seorang buruh warga Pakistan dalam kejadian akhir Januari lalu.
Muhammad Azri yang turut dikenali dengan nama Papagomo membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Husna Dzulkifly setelah kesemua pertuduhan dibacakan.

Advertisement

Dalam pertuduhan pertama, Papagomo didakwa mencederakan mangsa dengan menampar pipi kiri mangsa.

Dalam pertuduhan kedua, dia didakwa menumbuk pipi kiri mangsa sehingga cedera dan ketiga, dia didakwa menendang kemaluan mangsa.

Muhammad Azri didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...