Pukul Dengan Besi Dan Rentap Purdah, Jurugambar N**** N***** Dikecam Netizen

Trending

Pukul Dengan Besi Dan Rentap Purdah, Jurugambar N**** N***** Dikecam Netizen

Semalam, tular di media sosial Instagram seorang lelaki memuat naik laporan polis yang mengatakan beliau,isterinya dan adik-adik iparnya di pukul dengan batang besi oleh seorang jurugambar yang bernama N**** N***** di Shah Alam.

Namun apa yang lebih membangkitkan kemarahan netizen ialah apabila jurugambar itu dikatakan memukul lengan isteri lelaki terbabit dengan batang besi serta merentap purdah yang dipakai oleh isterinya.

Advertisement

Punca kejadian dikatakan berpunca dari perselisihan faham mengenai bisnes antara kedua belah pihak.

Saksi pun ada

Dipercayai kejadian ini juga telah disaksikan oleh salah seorang sahabat mereka iaitu Rahim.

Tak Ku Sangka Tak Ku Duga

Jurugambar Yang Dikenali Ramai

Namanya sudah biasa meniti di bibir para model dan pemilik butik di luar sana memandangkan perkhidmatannya sering dan sentiasa mendapat permintaan oleh pemilik bisnes di luar sana.

Bela Diri?

Malah jurugambar ini juga turut memuat naik gambar beliau bergari tangan di balai polis beserta caption yang membela diri beliau.

Mangsa Dikatakan Penunggang Agama?

Sebelum kejadian, suspek dikatakan pernah memuat naik status berbaur fitnah kepada mangsa di ruang facebook beliau.

Apa Kata Netizen?

Suspek Mula Privatekan Instagram

Selepas beberapa jam mangsa memuat naik laporan polis di laman instagram,suspek mula privatekan Instagramnya dek kerana bimbang diserbu oleh netizen lain.

Siapa Betul Siapa Salah?

Kami sendiri tidak dapat pastikan siapa yang betul siapa yang salah. Tetapi apa yang kami lihat,memukul wanita itu tetap salah apatah lagi merentap purdah yang dipakainya.

Itu yang paling membuatkan kami terkilan dengan perbuatan beliau.

Semoga kejadian ini menjadi iktibar kepada semua netizen khususnya supaya kawal kemarahan sebelum syaitan menguasai diri kerana tika marah, syaitan amat suka dan syaitan sangat bergembira melihat kita sesama Islam bergaduh!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...