“Pukul 4 Pagi, Makcik Gayong Sibuk Ubah Pasu Bunga Semata-Mata Nak Parkir Kereta” – Bekas Jiran

Hiburan

“Pukul 4 Pagi, Makcik Gayong Sibuk Ubah Pasu Bunga Semata-Mata Nak Parkir Kereta” – Bekas Jiran

Tular di media sosial video memaparkan seorang wanita mendakwa menjadi mangsa perbuatan tidak bermoral jirannya — namun, kini timbul pendedahan baharu apabila bekas jiran tampil menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa “jiran dari neraka” sebenar ialah mak cik bertudung hijau yang digelar sebagai mak cik sapu.

Menurut pengguna TikTok @is8idfckno_, atau dikenali sebagai Abel, dia pernah menjadi mangsa kepada keluarga tersebut sebelum berpindah kerana tidak tahan dengan sikap mereka.

Advertisement

Pukul 4 pagi, mak cik tudung hijau (mak cik sapu) itu sibuk mengalih pasu saya.”

Malas nak tunjuk banyak, tapi perangai dia memang tak pernah berubah. Saya pernah kena dulu, sebab itu saya tahu.

Kalau tak letak pasu dan tong sampah depan rumah, memang tak dapat parkir depan rumah sendiri.

Pendedahan itu disertakan dengan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) milik Abel yang menunjukkan beberapa kejadian sama seperti yang tular baru-baru ini.

Makcik Blower Dengan Makcik Gayong Bergaduh, Polis Sahkan Terima Laporan

Terdahulu, media melaporkan video tular memaparkan seorang wanita menyimbah air sabun ke arah kereta milik jirannya yang didakwa sering membuang sampah busuk dan air kotor di hadapan rumah setiap pagi.

Difahamkan, keluarga yang didakwa itu sering menimbulkan masalah di kawasan kejiranan hingga laporan polis pernah dibuat sebelum ini. Rakaman lain turut menunjukkan mereka mengalihkan pasu dan tong sampah jiran bagi memberi ruang parkir kepada anak-anak mereka.

Susulan pendedahan baharu itu, ramai netizen mula meragui kisah asal dan menyuarakan simpati terhadap jiran yang difitnah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Makcik blower dengan makcik gayong
2025-10-18 13:43:10

Makcik Blower Dengan Makcik Gayong Bergaduh, Polis Sahkan Terima Laporan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...