Written by Bella | July 2nd, 2018

Ketabahan pelakon Bella Dally menghadapi fasa perceraian bersama Nazim Othman membuatkan netizen merasa kagum dengan beliau. Bella sedikit pun tidak menzahirkan kesedihannya dan dilihat begitu tenang melalui kehidupan seharian seperti biasa.

Baru-baru ini, Bella menerusi beberapa video di akaun Instagramnya berkongsi tips bagaimana beliau memujuk hatinya yang terluka untuk kembali bangkit selepas menghadapi episod duka dalam hidupnya itu.

Ramai tanya saya Instagram macam mana saya kekal kuat dan positif selepas apa yang terjadi kepada saya. Jujurnya, bukan mudah mulanya dan saya menjadi individu beremosi dan sebagainya. Namun, saya pujuk diri saya untuk kembali bangkit.

Tips pertama, kena yakin dan redha dengan ketentuan Allah, saya letakkan mindset apa yang jadi ada hikmah dan Allah sentiasa bersama saya. Apa buat saya gembira kerana saya dikelilingi oleh keluarga dan kawan-kawan. Fokus untuk memperbaiki diri sendiri, saya sayangi diri saya dan terima seadanya.

Bella juga cuba untuk menyibukkan dirinya dengan pelbagai perkara baru yang turut membuatkan hatinya lebih gembira. Dengan cara itu, beliau tidak akan terlalu memikirkan apa yang sudah berlaku dan akhirnya boleh betul-betul ‘move on’.

Sumber Berita : Astro Gempak

8 responses to Pujuk Diri Kembali Bangkit, Redha Dengan Ketentuan Allah SWT – Bella Dally Kongsi Tips ‘Move On’

  1. damai says:

    diceraikkan tanpa anak tak terasa lah sangat tapi kalau diceraikan anak2 masih kecil2 apatah lagi yg masih bbrp bulan mmg perit nak pujuk diri, take sometimes, semoga tips Bella beri manfaat pd yg sdg dialam perceraian.

    5

    0
    • Anonymous says:

      Tak jugak. Bila tak ada anak, rasa alone lepas bercerai. Kalau ada anak, mereka sumber kekuatan untuk bangkit semula. Apa2 pun, memang perit dan sedih bila bercerai.

      6

      1
  2. lubilu says:

    sekurang-kurangnya, bebas dari bayangan kepura-puraan Puan Sri Gayah Othman.

    10

    0
  3. anonymous says:

    fuh lega sungguh bila bella sedar suami dia sebenar nya cik gayah euwww geli tgok sigayah tu dlm monalisa eeeuuuuww

    5

    0
  4. Anonymous says:

    mana tau dia cik gayah……

    1

    2
  5. Hakak Gayah says:

    Lega sebab x payah share MAKE UP lagi ….

    8

    0
  6. Anonymous says:

    bagus dah move on tp takyah la dok canang sana sini perihal move on..konon2 kuat. takde wanita yang tak sedih. tp anggap la tu yg tebaik dr Allah utk bella. tak mo bising2 k. patutnya masa ni guna untuk muhasabah diri & pelihara maruah sbg janda. takmo seksi2 sgt. bella cantik dah tak yah seksi meksi, tudung pon jgn singkat dr dulu ye.

    6

    0

Leave a Comment

Optional