Pujuk Diri Kembali Bangkit, Redha Dengan Ketentuan Allah SWT – Bella Dally Kongsi Tips ‘Move On’

Hiburan

Pujuk Diri Kembali Bangkit, Redha Dengan Ketentuan Allah SWT – Bella Dally Kongsi Tips ‘Move On’

Ketabahan pelakon Bella Dally menghadapi fasa perceraian bersama Nazim Othman membuatkan netizen merasa kagum dengan beliau. Bella sedikit pun tidak menzahirkan kesedihannya dan dilihat begitu tenang melalui kehidupan seharian seperti biasa.

Advertisement

Baru-baru ini, Bella menerusi beberapa video di akaun Instagramnya berkongsi tips bagaimana beliau memujuk hatinya yang terluka untuk kembali bangkit selepas menghadapi episod duka dalam hidupnya itu.

Ramai tanya saya Instagram macam mana saya kekal kuat dan positif selepas apa yang terjadi kepada saya. Jujurnya, bukan mudah mulanya dan saya menjadi individu beremosi dan sebagainya. Namun, saya pujuk diri saya untuk kembali bangkit.

Tips pertama, kena yakin dan redha dengan ketentuan Allah, saya letakkan mindset apa yang jadi ada hikmah dan Allah sentiasa bersama saya. Apa buat saya gembira kerana saya dikelilingi oleh keluarga dan kawan-kawan. Fokus untuk memperbaiki diri sendiri, saya sayangi diri saya dan terima seadanya.

Bella juga cuba untuk menyibukkan dirinya dengan pelbagai perkara baru yang turut membuatkan hatinya lebih gembira. Dengan cara itu, beliau tidak akan terlalu memikirkan apa yang sudah berlaku dan akhirnya boleh betul-betul ‘move on’.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...