“Puji Suara Sedap Sebab Nak Ambil Hati..” Che Ta Kini Menyanyi, Teroka Bidang Baru

Hiburan

“Puji Suara Sedap Sebab Nak Ambil Hati..” Che Ta Kini Menyanyi, Teroka Bidang Baru

Pelakon jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta sebelum ini pernah dikhabarkan bakal bergelar penyanyi, beberapa tahun yang lalu.

Malah, komposer terkenal seperti Hazami, Imran Ajmain dan Eddie Hamid juga pernah menawarkan diri untuk menerbitkan lagu buat Rozita Che Wan.

Advertisement

Namun, enggan mengambil risiko, Rozita hanya membiarkan angan-angan itu berlalu pergi kerana katanya, ingin mengukur baju di badan sendiri.

Terkini, Rozita khabarnya tidak mampu menolak tawaran apabila diminta menyanyikan lagu tema untuk produk kecantikan diwakilinya iaitu produk Mylea.

Meskipun begitu, tujuan dia berubah fikiran untuk bernyanyi bukanlah ingin ‘mencaras’ penyanyi sedia ada memandangkan ianya bukan lagu komersial.

Advertisement

“Lagu ciptaan DJ Fuzz itu untuk mempromosikan produk dan hanya berdurasi 30 saat. Ia berentak santai dan kedengaran seperti dangdut, malah sudah dimainkan di corong radio..”

Dia juga berkata pada awalnya dia berkira-kira untuk menerima pelawaan tersebut namun disebabkan oleh pengasas produk mahu dirinya menyanyi, jadi Rozita mencabar diri untuk mencuba perkara baru.

View this post on Instagram

A post shared by Mylea HQ (@mylea_hq)

“Saya tidak anggap ini projek serius. Jauh sekali nak berentap dalam AJL. Walau ada yang memuji, anggap saya boleh menyanyi, tetapi saya rasa saya tak boleh serius dalam bidang menyanyi. Dalam hati hanya berkata, mesti puji saya boleh menyanyi sekadar nak ambil hati. Dalam erti kata lain, bohong ‘sunat’.”

Ketika ditanyakan adakah dia sudah bersedia untuk menerima kritikan daripada projek terbarunya itu, Rozita berkata dia kini sudah biasa dengan benda negatif dan ianya sama sekali tidak akan menjadi kudis dalam kehidupan.

Perkembangan terkini selain menyanyi, Rozita bakal terbang ke negeri Perlis dalam menjayakan filem terbaru terbitan Zeel Production iaitu Kiah Pekasam bermula 8 Mei ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...