Pelakon wanita kontroversi, Siti Hariesa, mengaku lakonan ‘panas’ dirinya bersama Zul Ariffin merupakan ‘tiket’ yang menjual namanya di bidang lakonan semasa dirinya baru sahaja menjejakkan kaki menjadi pelakon.
Walaubagaimanapun, Hariesa tidak mahu isu itu terjadi lagi memandangkan hal tersebut dikatakan bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan. Ia juga telah memberi pengajaran kepada karier aktres ini.
Publisiti tetap publisiti tapi kalau boleh saya nak elak perkara itu jadi lagi.
View this post on Instagram
Tambahan pula, pelakon drama bersiri Perempuan Itu, mengatakan dirinya telah sedia untuk move on dari kisah silam dan terus berkarya walau dikecam oleh ramai orang.
Apabila ditanya jika dirinya terima untuk digandingkan bersama Zul Ariffin lagi, Hariesa hanya mampu membiarkan masa yang menentukan. Lagi pula, dia juga terbuka untuk bekerjasama dengan aktor lelaki yang lain.
Kalau ada job berlakon bersama pelakon lelaki yang dah berkahwin, saya akan hati-hati. Berlakon tetap kerjaya saya.
View this post on Instagram
Elak dilabel penyondol, aktres ini menafikan kemungkinan di mana dia akan terjebak dengan cinta lokasi bersama suami orang. Katanya, lebih baik untuk mencari pasangan di luar karier lakonan.
Sebelum ini, Hariesa pernah menjadi bualan netizen apabila babak intim dalam teaser dramanya bersama Zul Ariffin melampaui batas.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.