Umum mengetahui publisiti yang diperolehi oleh pengasas “Nasi Lemak Anak Dara” semakin menjadi trending dan terus viral. Bukan setakat nasi lemaknya itu terus menjadi tumpuan pengunjung sekitar, malah turut diundang di stesen radio dan televisyen.
Seorang pengguna laman sosial Hairul Hero telah menyuarakan pendapatnya ekoran topik “Nasi Lemak Anak Dara” ini semakin menjadi-jadi mendapat liputan media massa.
Pada pendapat admin, bukan salah adik ni apabila nasi lemaknya terus menjadi sensasi. Lagi pun, bukan dia yang minta dapat publisiti sejauh ini. Lumrah masyarakat kita juga bila ada seseorang yang manis dan kacak, pasti akan jadi viral. Apa-apa pun ini yang dinamakan rezeki. Moga perniagaan adik Siti Hajjar ini makin maju. Inshaallah. Kipidap dik!