Sedia maklum, sejak beberapa hari lalu, lagu hits kolaborasi antara penyanyi antarabangsa, Bruno Mars dan ahli kumpulan BlackPink, Rosé berjudul ‘Apt’ telah meraih perhatian yang cukup hebat di kalangan orang ramai, termasuk di Malaysia.
Biarpun ramai yang menyukai lagu tersebut, namun Public Health Malaysia telah meluahkan rasa bimbang lagu Apt iaitu singkatan untuk ‘Apartment’ itu menyampai unsur-unsur tidak elok kepada orang ramai terutamanya anak muda.
Lirik seperti ‘Turn this apateu into a club / I’m talkin’ drink, dance, sm*ke, freak, party all night.’ Anak-anak mungkin menghafal lirik ini tanpa menyedari mesej yang disampaikan.
View this post on Instagram
Susulan itu, melalui hantaran yang dimuat naik di Facebook tersebut, Public Health Malaysia berharap agar golongan yang lebih dewasa seperti ibu bapa, pendidik serta masyarakat lebih peka dengan pengaruh barat yang semakin diterima tanpa ada tapisan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam semula hantaran tersebut dengan merasakan banyak lagi lagu lokal yang memberi mesej yang tidak elok dan menegaskan mereka hanya mendengar kerana lirik dan rentak lagu tersebut catchy.