November 12th, 2014

Beberapa minggu yang lalu, Abang Nara telah menaiki LRT untuk ke Masjid Jamek.Saja berjalan-jalan tengok gelagat orang ramai sambal menunggu anak habis sekolah. Masa tengah naik tangga menuju pintu keluar, Abang Nara ternampak orang ramai tengah beratur kat satu sudut. Ushar punya ushar, rupa-rupanya diorang tengah beratur kat gerai Mi Sedaap.

mi sedaap

ambik kau panjang gila barisan

Tertanya-tanya jugak kenapa manusia-manusia ini beria sangat nak beratur panjang-panjang macam nie. Rupa-rupanya Mi Sedaap tengah buat promosi khas. 10 Mi Sedaap Cup hanya untuk RM5 sahaja. Murah yang teramat sangat. Last-last Abang Nara pun turut sama beratur. Mana boleh lepaskan peluang beli Mi Sedaap semurah ini. Lagi-lagi Mi Sedaap Goreng yang memang fevered Abang Nara.

mi sedaap

amik gambar dulu sebelum beratur

Habis memborong Mi Sedaap Cup (jap lagi Abang Nara tunjukkan gambar hasil borongan), tiba-tiba ada segerombolan manusia yang datang menari di hadapan gerai. Rupa-rupanya ada flashmob. Ratusan orang yang sedang berada di LRT Masjid Jamek kesemuanya berhenti dan turut sama menonton gaya tarian yang dipertontonkan. Memang menarik. Tak caya?Tengoklah sendiri video flashmob daripada Alam Wakaka Crew nie.

Ok seperti yang dijanjikan, inilah hasil borongan Mi Sedaap Abang Nara. Sepatutnya ada 4 Mi Sedaap Cup Goreng, 3 Mi Sedaap Cup Soto dan 3 Mi SedaapCup Baso Special, namun disebabkan teringin sangat, Abang Nara dan wife dah makan beberapa ‘cup’ Mi Sedaap sebelum dapat tangkap gambar. Pelahap sungguh. Hehehe.

mi sedaap

Hanya Mi Sedaap sahaja menjadi pilihan hati. Mi Sedaap Goreng Asli punya bawang goreng ‘kriuk-kriuk’ memang terbaik. Lazat tak ingat punya. Ada juga perisa lain seperti Mi Goreng Sambal Goreng, Mi Sup Kari, Mi Sup Soto, Mi Sup Ayam Bawang dan Mi Sup Ayam Istimewa yang tak kurang sedapnya.mi sedaap
Mi Sedaap Cup Noodles ini baru saja dilancarkan untuk 3 perisa iaitu Goreng, Soto dan Baso. Makin senanglah Abang Nara nak makan Mi Sedaap lepas ini.Senang sangat cara nak masaknya lebih-lebih lagi dengan adanya ‘SmartLid’ yang merupakan sebahagian daripada konsep baru ‘SmartCup’ yang memudahkan Abang Nara tuang air untuk mi goreng ‘cup’ Mi Sedaap ini. ‘Smartcup’konsep berciri tahan panas, lasak dan tak mudah koyak. Hanya 3 langkah saja jadi perlukan macam gambar kat atas tue.


Amcam video Abang Nara menikmati kesedapan Mi Sedaap Cup Baso Special? Terliur tak? Kuahnya memang sedap sangat-sangat. Mesti ada yang meleleh air liurkan? Kalau Mi Sedaap Goreng semua orang pun dah tahu kesedapannya. Tak perlulah Abang Nara nak cerita lebih-lebih. Mi Sedaap Cup Soto pun boleh tahan jugak rasanya. Wife Abang Nara paling suka Mi Sedaap Cup Soto. Katanya lain daripada yang lain. Paling best bila time hirup kuah. Lazat yang amat katanya!!!

Abang Nara nak cerita lebih-lebih pun tak guna, korang sendiri kena rasai sendiri kesedapan Mi Sedaap Cup yang kini sudah pun berada di pasaran. Memang terangkat!! Sekali makan, rasa nak makan lagi. Untuk informasi dan juga promosi, layari Facebook Mi Sedaap.#misedaap #misedaapcup #misedaapflashmob.


Comments are closed.

Loading...